Tuesday 17 May 2011

MENYANGKAL KIAMAT 2012-Muhammad Nizam Abd Razak

Penerbit : Kharisma Network Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5029-31-8

SINOPSIS

Adakah bumi kita pada tahun 2012 akan hancur seperti apa yang diramalkan oleh media barat? Benarkah kiamat 2012 terjadi seperti yang digambarkan di dalam filem 2012?

Ramai penulis, buku-buku dan gambar-gambar yang menggambarkan kejadian yang akan menghancurkan bumi dan seisinya pada 2012. Adakah kita harus mempercayai akan ramalan yang digambarkan tersebut? Sebagai umat Islam, kita tetap menyakini bahawa kiamat pasti akan datang, kerana hal tersebut telah ditetapkan oleh Allah S.W.T melalui firmannya dalam Surah An-Nahl:1

Hari kiamat pasti akan terjadi...Buku ini akan memberikan ulasan dan alasan supaya anda tidak cemas dengan tahun 2012 tetapi anda harus cemas menanti hari kiamat yang akan terjadi serta mempersiapkan diri dengan amalan dan ketaqwaan terhadap Allah Ta'ala.
BERMINAT UNTUK BELI, SILA KLIK