Saturday 14 May 2011

HURU HARA HARI KIAMAT HC



ISBN : 9673680949
Pengarang : Ibnu Katsir
Penterjemah: Ustaz Mohd.Suhail
Disemak Oleh: Dr.Mohd. Puzhi bin Usop (IIUM)
Muka Surat: 589
AL HIDAYAH PUBLICATION
RM55.00
Keterangan Buku :


Di dalam Al Quran banyak menyatakan tentang hari kiamat. Betapa dahsyatnya kemusnahan yang melenyapkan seluruh alam ini. Tidak dapat digambarkan oleh akal dan minda manusia. Jika kita melihat kejadian tsunami yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa dalam sekelip mata dan melenyapkan banyak tempat di muka bumi ini sebagai satu yang amat dahsyat. Sehingga jiwa yang kental dan berhati seteguh besi pun akan menitiskan air mata melihat derita akibat kemusnahan tersebut. Sebenarnya itu amatlah kecil dibandingkan dengan kiamat. Kemusnahan dan kehancuran akibat kiamat berkali-kali ganda lebih dahsyat daripada tsunami atau bencana alam yang paling dahsyat yang pernah berlaku di bumi ini.
Buku hasil tulisan Ibnu Katsir ini, yang juga seorang tokoh ilmu hadis menghurai secara berperingkat berkenaan kiamat dari segi maksud, peristiwa-peristiwa yang berkaitan serta lebih mantap lagi adalah dari segi dalil atau nas yang diketengahkan bagi menyokong maklumat yang dihuraikan.