Sunday 15 May 2011

CATATAN HUJUNG-Ahmad Lutfi Othman

Harga: RM20.00/RM23.00

ISBN: 978-967-361-009-9

Tarikh Terbit: Mac 2011

SINOPSIS

BERAKHIRNYA 1998, Tahun Reformasi itu, tiada lagi buku politik hasil tangan Ahmad Lutfi Othman, hinggalah ke hari ini, November 2010. Padahal dalam tahun 1998 itu sahaja kita sempat membaca tidak kurang tiga buah buku politik hasil karangannya – Layakkah Anwar Ketuai Reformasi?, Anwar Skandal Seks atau
Konspirasi Politik, dan Malaysia Tanpa Anwar. Sehangat dan serancak semangat dan suasana Reformasi 1998 itu, sehangat dan serancak itulah pula minda dan tangan Ahmad Lutfi bekerja menghasilkan buku politik semasa. Dan sehangat itulah juga isi kandungan buku-buku tersebut, walaupun tidak semestinya membawa jeritan yang sama. Masing-masing setebal 240, 320 dan 320 muka surat, diterbitkan dalam tempoh kurang setahun itu pastilah ia bukan suatu hal yang biasa. Itu sesuatu yang luar biasa, ‘kan!

 KLIK UNTUK E-BELI